Sunday 11 June 2017



Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 atau nama ringkasnya SK Seksyen 13, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bola Sepak 13/11, Seksyen 13.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 memiliki 366 pelajar lelaki dan 376 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 742 orang. Ia mempunyai seramai 45 orang guru.


Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 mula dibina pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada akhir 2001. Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2002. Seramai 13 orang guru kumpulan pertama telah ditugaskan mengajar di sekolah ini. Seramai 180 orang murid mendaftar sebagai murid kumpulan pertama. Jumlah ini meningkat kepada 396 orang pada akhir Januari 2003.

Guru Besar pertama sekolah ini ialah Puan Normah binti Othman. Beliau mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Disember 2001 dan kekal hingga tahun 2004. Diikuti dengan Pn. Hjh Fazdlon binti Sheikh Amir hingga pencen pada 24 Jun 2008. Puan Hjh Faridah binti Ramli kemudiannya mengambil tempat sebagai guru besar sehingga 2012. Seterusnya SKS13 diterajui oleh Puan Salmah binti Abd Rahman dan sehingga kini sekolah ini diterajui oleh Puan Anis bt Iberahim.


Kini sekolah ini telah beroperasi selama 15 tahun. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah integrasi kerana terdapat kelas Pendidikan Khas sebanyak 5 kelas.

Pada tahun 2013, sekolah ini mendapat pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan.